Saturday, June 15, 2013

An-Naziat



{79}
AN-NAZI’AT (yang beralih cepat) 1~46.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah (bintang-bintang) yang  beralih dengan  cepat.
2. Dan (bintang-bintang) yang selalu berpindah-pindah.
3. Dan (bintang-bintang) yang  beredar dengan lekas.
4. Lantas (bintang-bintang) yang berlumba-lumba beredar.
5. Lantas (bintang-bintang) yang mengatur urusan.
6. (Ingatlah) hari yang  akan gegar keras suatu yang bergegar.
7. Lalu di iringi oleh suatu yang mengiring.
8. Hati-hati (manusia) dihari itu, ketakutan yang sangat
9. Pandangan-pandangan nya tunduk merendah.
10. Mereka berkata; “apakah kita akan dikembali kepada keadaan yang  pertama”
11. Apakah apabila kita telah jadi tulang yang buruk ?
12. Meraka berkata; “yang demikian, kalau bagitu, satu kembalinya yang merugikan”.
13. Maka ia itu tidak lain melainkan (dengan) satu suara.
14. Maka tiba-tiba mereka (akan ada)  dimuka bumi.
15. Sudahkah datang kepada mu khabar Musa ?
16. Tetakala Tuhan nya menyeru dia dilembah yang suci (bernama) thuwa.
17. “Pergilah kepada firaun, kerana ia telah derhaka melebihi batas”.
18. Maka katakan lah (kepadanya); “mahukah engkau jadi bersih ?”
19. “Dan (mahukah) aku akan pimpin mu kepada Tuhan mu supaya engaku takut ?”
20. Lalu (Musa)  unjukkan kepadanya mukzizat (nya) yang amat besar.
21. Tetapi (firaun) dustakan dan derhaka.
22. Kemudian ia berpaling, pada hal ia berusaha.
23. Iaitu ia kumpulkan rakyatnya  lantas ia seru.
24. (Iaitu) ia berkata; “akukah Tuhan kamu yang paling tinggi”.
25. Lantaran itu, Allah seksa dia, seksaan akhirat dan dunia.
26. Sesungguhnya ditentang itu, adalah satu pelajaran bagi orang yang mahu takut.
27. Apakah kamu makhluk yang amat payah (dijadikan), ataukah langit itu, pada hal ia telah diberikan dia ?
28. Ia telah tinggikan pendirian nya, lalu ia sempurnakan nya.
29. Dan ia gelapkan malam nya, dan ia dzahirkan cahaya siang nya.
30. Dan bumi itu, sudah demikian, ia hamparkan.
31. Ia keluarkan daripadanya air nya dan tumbuh-tumbuhan nya.
32. Sedang gunung-gunung itu, ia  panjangkan,
33. Sebagai makanan bagi kamu dan bagi binatang-binatang ternak kamu.
34. Maka apabila datang keributan yang besar.
35. Dihari yang manusia akan sadar kepada apa yang ia telah kerjakan.
36. Dan akan ditunjukkan neraka kepada orang  yang mahu melihat.
37. Maka ada pun orang yang derhaka melewati batas.
38. Dan melebihkan penghidupan yang sangat rendah.
39. Maka sesungguhnya neraka itu ialah tempat kembali (nya).
40. Dan ada pun orang yang takut  kepada kebesaran Tuhan nya, dan menegah diri daripada hawa  nafsu (nya).
41. Maka sesungguhnya syurga itu ialah tempat kembali (nya).
42. Mereka akan  bertanya kepada mu  darihal kiamat, bilakah kejadian nya?
43. Maka dimanakah engkau dari sebutan nya ?
44. Kepada Tuhan mu lah terserah pengetahuan (ditentang) itu.
45. Engkau hanya seorang pengancam akan orang yang (mahu) takut kepadaa (kiamat) itu.
46. Dihari yang mereka melihat (kiamat) itu, (mereka akan merasa) seolah-olah mereka tidak pernah diam (didunia) melainkan satu malam atau siangnya (sahaja). 

[Ulasan][Previous][Next][References] 

No comments:

Post a Comment