Tuesday, July 7, 2015

Ulasan Surah AL-QASHASH



Surah 28: 
 
AL-QASHASH (cerita).

Surah Al-Qashash  terdiri atas 88 ayat termasuk golongan surah-surah Makkiyah.  Dinamai dengan “Al-Qashash”, kerana pada  ayat 25 surah ini terdapat kata “AL-Qashash” yang bererti “cerita”.  Ayat ini menerangkan bahawa setelah  Nabi Musa a.s. bertemu dengan Nabi Syuaib a.s.  ia menceritakan cerita yang  berhubungan dengan dirinya sendiri, yakni pengalaman nya dengan Firaun, sampai waktu ia diburu oleh Firaun kerana membunuh seseorang dari bangsa Qibthi  tanpa disengaja.  Syuib a.s. menjawab bahawa Musa a.s. telah selamat dari pengejaran orang-orang zalim.

Turun nya ayat 25  ini amat besar ertinya bagi Nabi Muhammad s.a.w.  dan bagi sahabat-sahabat yang melakukan hijrah ke Madinah, yang menambah keyakinan mereka, bahawa akhirnya orang-orang Islam lah yang menang, sebab ayat ini menunjukkan bahaawa barang siapa yang berhijrah dari tempat musuh untuk mempertahankan keimanan, pasti akan berhasil dalam perjuangan nya menghadapi musuh-musuh agama.  Kepastian kemenangan bagi kaum muslimin itu, ditegaskan pada bahagian akhir surah ini yang mengandung bahawa setelah hijrah ke Madinah kaum muslimin akan kembali ke Mekah sebagai pemengang dan penegak agama Allah.  Surah Al-Qashash ini adalah surah yang paling lengkap memuat cerita Nabi Musa a.s. sehingga menurut suatu riwayat, surah ini dinamai juga dengan surah Musa.

Sumber 1; 

1 comment:

  1. SUMBER dari,
    [GS] https://sites.google.com/site/lphsmeseba/3

    ReplyDelete